Monday, November 28, 2016

Aiskrim Oreo

❤❤AISKRIM OREO MELETOP❤❤


Assalamualaikum......hai korang. Selamat bertemu kembali. Hari ini , ana ada mood untuk berkongsi lagi resepi yang palingggg mudah untuk buat aiskrim oreo. Korang dah tak perlu untuk beli aiskrim oreo kerana ana dah kongsikan  resepi  ini dari carian google.Tiba-tiba jea ana rasa nak makan aiskrim oreo walaupun sekarang kat malaysia musim hujan.Takpe sekali sekala apa salahnya..     ANA DAH CUBA KORANG BILA LAGI 





😁





Bahan-bahan:
  • 1 pakej kecil biskut oreo – di blend
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar ovalette
Cara buat aiskrim oreo:
  1. Masukkan susu cair, susu pekat, telur, ovalette dan esen vanilla ke dalam mixer atau blender.
  2. Putar selama 15-20 minit (guna mixer) atau 10 minit (guna blender) sekali putar hingga kembang.
  3. Tuang semua bahan tadi ke dalam bekas aiskrim.
  4. Masukkan biskut oreo yang sudah di blend dan kacau hingga rata.
  5. Tutup bekas dengan rapat dan masukkan dalam peti sejuk hingga keras.



 SELAMAT BERTEMU KEMBALI









PUDING KARAMEL

RESEPI PUDING KARAMEL SWEETIE

Assalamualaikum...masih ingat ana.Okay, hari ini ana nak kongsikan cara nak buat puding yang paling simple carian google tapi sedap dan cair dimulut.Langkahnya macam ini...kalian boleh tengok kat bawah:



Resepi Puding Karamel ialah satu puding pencuci mulut yang saya suka. Saya menyediakan puding ini ketika sahabat ataupun family berkunjung ke rumah pada hari pekan ditemani cheesekut. Memang sangat cepat menyediakan resepi puding karamel ini.
Dari dulu saya suka sangat buat puding karamel ni kerana sangat berpuas hati dengan hasilnya yang menepati selera saya. Apabila anda nak mencuba resepi puding karamel kukus dengan gula hangus, jom kita tengok apa saja yang digunakan.
Bahan-bahan puding karamel:                                          
  • 6-8 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • sedikit vanilla extact
  • 8-10 sudu besar gula pasir (untuk gula hangus)

Cara buat puding karamel:
  1. Goreng gula pasir hingga menjadi cair dengan api perlahan.
  2. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga hancur dan masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk lain.
  4. Kacau semua adunan hingga sebati.
  5. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi.
  6. Kukus selama 10-15 minit.
  7. Angkat puding dan sejukkan sekejap lalu masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Puding roti siap dihidangkan.
Selamat mencuba resepi puding karamel kukus dengan gula hangus tersebut. Anda boleh hidangkan tetap di dalam mangkuk pyrex atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan kacau adunan hingga berbuih kemudian tapis sebelum dituang ke dalam mangkuk, dan kemudian kukus adunan.


Friday, November 25, 2016

nasi goreng kampung


CARA PALING MUDAH UNTUK BUAT NASI




GORENG KAMPUNG





Assalamualaikum buat pembaca yang tersayang. Sebelum itu, ana nak beritahu bahawa blog ini merupakan penulisan yang pertama buat ana. Jadi, ana tak berapa pandai la sangat untuk mengarang. Maka di sini, ana mengambil peluang untuk berkongsi resepi yang ana jumpa dekat carian google dan yang paling penting ana sudah cuba dan buat dengan menggunakan resepi ini. Dan terbukti memang sedap sengoti. Tapi atas kita sendiri la... dan kat bawah ni langkahnya. Terima kasih atas resepi ini dan selamat mencuba.Melalui carian ana, ini merupakan cara paling mudah untuk buat nasi goreng kampung.

Bahan nasi goreng kampung:
  • 3 cawan nasi sejuk di leraikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kicap manis
  • garam secukupnya

Bahan yang mesti ditumbuk @ dikisar:
  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara buat nasi goreng kampung:
  1. Tumbuk semua bahan ini. Sebaiknya bahan ini di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil gaul, tambahkan kicap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Cukup mudah bukan cara membuat resepi nasi goreng kampung spesial? Dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.


Akhir sekali, ini pengakuan ana sendiri. Sebenarnya ana menulis blog ini untuk tugasan ana tapi di samping itu, ana mahu berkongsi maklumat dengan orang lain dan meningkatkan kemahiran bahasa dan mengarang.Terima kasih bagi yang baca sampai habis dan luangkan masa anda untuk baca penulisan yang tak seberapa ini.Sila tinggalkan komen anda.