Friday, November 25, 2016

nasi goreng kampung


CARA PALING MUDAH UNTUK BUAT NASI




GORENG KAMPUNG





Assalamualaikum buat pembaca yang tersayang. Sebelum itu, ana nak beritahu bahawa blog ini merupakan penulisan yang pertama buat ana. Jadi, ana tak berapa pandai la sangat untuk mengarang. Maka di sini, ana mengambil peluang untuk berkongsi resepi yang ana jumpa dekat carian google dan yang paling penting ana sudah cuba dan buat dengan menggunakan resepi ini. Dan terbukti memang sedap sengoti. Tapi atas kita sendiri la... dan kat bawah ni langkahnya. Terima kasih atas resepi ini dan selamat mencuba.Melalui carian ana, ini merupakan cara paling mudah untuk buat nasi goreng kampung.

Bahan nasi goreng kampung:
  • 3 cawan nasi sejuk di leraikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kicap manis
  • garam secukupnya

Bahan yang mesti ditumbuk @ dikisar:
  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara buat nasi goreng kampung:
  1. Tumbuk semua bahan ini. Sebaiknya bahan ini di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil gaul, tambahkan kicap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Cukup mudah bukan cara membuat resepi nasi goreng kampung spesial? Dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.


Akhir sekali, ini pengakuan ana sendiri. Sebenarnya ana menulis blog ini untuk tugasan ana tapi di samping itu, ana mahu berkongsi maklumat dengan orang lain dan meningkatkan kemahiran bahasa dan mengarang.Terima kasih bagi yang baca sampai habis dan luangkan masa anda untuk baca penulisan yang tak seberapa ini.Sila tinggalkan komen anda.














6 comments: