❤❤AISKRIM OREO MELETOP❤❤
Assalamualaikum......hai korang. Selamat bertemu kembali. Hari ini , ana ada mood untuk berkongsi lagi resepi yang palingggg mudah untuk buat aiskrim oreo. Korang dah tak perlu untuk beli aiskrim oreo kerana ana dah kongsikan resepi ini dari carian google.Tiba-tiba jea ana rasa nak makan aiskrim oreo walaupun sekarang kat malaysia musim hujan.Takpe sekali sekala apa salahnya.. ANA DAH CUBA KORANG BILA LAGI
Bahan-bahan:
- 1 pakej kecil biskut oreo –
di blend
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin susu pekat
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar ovalette
Cara buat aiskrim
oreo:
- Masukkan susu cair, susu
pekat, telur, ovalette dan esen vanilla ke dalam mixer atau blender.
- Putar selama 15-20 minit
(guna mixer) atau 10 minit (guna blender) sekali putar hingga kembang.
- Tuang semua bahan tadi ke
dalam bekas aiskrim.
- Masukkan biskut oreo yang
sudah di blend dan kacau hingga rata.
- Tutup bekas dengan rapat dan
masukkan dalam peti sejuk hingga keras.
SELAMAT BERTEMU KEMBALI